assalamualaikum dan salam sejahtera
moga anda semua sihat sejahtera di samping ahli keluarga dan bahagia sokmo deh.....
Resepi tart shellbahan-bahan:190 gm marjerin Planta (gune butter, lagi lembut dan rangup)
50 gm gula kastor
290 gm tepung gandum
1 biji telur gred C(gune gred B tapi kene buang sikit telur putih nye bagi mengelakkan shell tu keras dan merekah)
cara penyediaan:1.pukul marjerin dan gula sehingga sebati. tak perlu guna mixer, pukul guna tangan sahaja. jangan sampai marjerin lembik dan berminyak, pukul/putar/kacau sehingga marjerin dan gula sebati sahaja.
2. masukkan telur. juga kacau sehingga sebati.
3. masukkan tepung gandum. uli sehingga menjadi doh.
4. simpan doh di dalam peti sejuk sehingga 30 minit.
5. bulatkan kecil-kecil, masukkan ke dalam acuan tart dan tekan di dalam acuan tart.
6. cucuk doh di dalam acuan tart dengan garfu.
7. bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah sahaja, sehingga ianya menjadi kekuningan. anggaran, dalam 15 minit.
doh yang telah dipenyek2 dalam acuan tat
ini lah rupenye dalam saiz gambo yang lebih beso
bila da bako tat shell tu tadi, disejukkan dan letakkan inti blueberry dalamnya
Resepi filling cream cheese.
bahan-bahan:
250 cream cheese (selalu ros guna brand Tatura je) - keluarkan cream cheese 20-30minit dari peti sejuk sebelum digunakan, jangan biarkan cheese mencapai suhu bilik.
1 biji telur gred B
60 gm gula ising sedikit filling blueberry yang diisi di dalam piping bag (ros beli kat kedai AMIPLUS, bukit beruang, Melaka memang sedap filling nye, tak masam, tak manis sangat, sedap2 gitu)
cara penyediaan:1. putar cream cheese dan gula sehingga berkrim.
2. masukkan telur dan putar sehingga sebati.
3. picit sedikit blueberry filling di dalam tart shell yang telah siap dibakar.
4. isikan tart shell dengan cream cheese filling.
5. corakkan tart menggunakan blueberry filling.
6. bakar menggunakan suhu 160C, api atas dan bawah dalam masa 2-5minit. untuk mengetahui cream cheese filling tu dah masak, cuba sentuh dengan hujung jari. jika masih melekat, ianya masih tak masak. jangan bakar terlalu lama kerana cheese akan merekah dan kenyal.
lepas tu letakkan cheese di atas nya, lorekkan blueberry tadi atas cheese tersebut
cheese tat yang da siap
yang ni tat cheese coklat b4 dibako
selepas dibako begini rupenye. masa ni tak pandai gi sebab first time buat. cheese letak sikit sangat
** utk filling coklat ros hanye gune kan coklat bar masakan (yang coklat gelap tu), just sentiasa panaskan secara water boil then masukkan dalam piping beg. hati2, coklat tu panas sikit. jgn memandai terus nak treeetttt nanti melepuh tangan tu
**minta ampon ye laili...menyebabkan diet mu telah lari...badan da kecik pon tetap nak diet...aparaaaaa
Kredit: http://rosnawati.blogspot.com/2014/04/tat-cheese-blueberry-yang-sedap-dan-gebu.html