...welcome to my blog...

Saturday, April 4, 2015

E-Commerce- RESEPI NEW YORK CHEESE CAKE

assalamualaikum.. 
harini nak share resepi new york cheese cake..ala2 secret recipe gitu..

Resipi New York cheese cake aku amik kat internet je. Here we go bebehhh..


BAHAN A (BASE) :

50 gm Biskut Marie ~~ dikisar halus (aku guna biskut Jacob wheatmeal)
50 gm Butter

1.Cairkan butter dan masukkan ke dalam biskut marie yg telah dikisar dan gaul rata.

2.Kemudian masukkan adunan biskut marie itu ke dalam loyang yang digris dan tekan padat.
   Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

BAHAN B :

4 biji Putih Telur
40 gm Gula Kastor
1 sudu teh Cream of Tartar

Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).

BAHAN C :

350 gm Cream Cheese
90 gm Gula Kastor
4 biji Kuning telur
1/3 cwn Tepung Jagung
1/4 cwn besar Whipping cream
1 sudu besar Lemon Juice
1/2 sudu teh Vanilla Essense

Cara nya :
1.Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga berkrim dan sebati.

2.Masukkan kuning telur satu per satu. Kemudian masukkan vanilla essence, whipping cream dan lemon juice. Pukul lagi.

3.Slowkan speed dan masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.

4.Seterusnya campurkan adunan BAHAN B tadi ke dalam adunan BAHAN C dan kacau dengan senduk kayu biar agak rata dan sebati.

5.Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak hentakkan sedikit untuk kurangkan gelembung udara supaya cake kita tak banyak lubang lubang nanti.

6.Bakar secara double boil pada suhu 170’C selama 50-60 minit atau bergantung pada kapasiti oven memasing.

7.Bila dah sejuk baru hiaskan kek tadi yer. Terpulang ikut citarasa masing2 nk hias macam mana pun.


** double boil tu kena letak air bawah loyang cake. Kalau tak tahu sila google. Hehe

Practice makes perfect!

copy from : http://zaimislawayu.blogspot.com/2013/07/normal-0-21-false-false-false-ms-x-none.html


No comments:

Post a Comment